icon-search
icon-search

Kenal Pasti Kenapa Anak Malas Belajar?

Kenal Pasti Kenapa Anak Malas Belajar?

Semua ibu bapa pasti mengharapkan anak yang ‘pandai’ sewaktu belajar di sekolah. Namun dalam tak sedar, terdapat segelintir dari anak-anak menghadapi kesukaran untuk belajar disebabkan oleh persekitaran yang menjadi penghalang kepada mereka. 

Berikut antara punca kenapa anak malas belajar :

1.  BEBAN KERJA

Kerja sekolah yang terlalu banyak boleh menjadi antara punca penyebab anak-anak rasa terbeban. Hal ini kerana mereka berkemungkinan tidak tahu mana satu yang perlu dibuat terlebih dahulu. Lagi-lagi jika ada subjek yang perlu mereka hafal. 

beban kerja

2.  TIDAK MINAT

Subjek yang tidak diminati juga boleh membuatkan mereka malas untuk menyelesaikan kerja sekolah kerana rasa susah untuk buat. Selain itu jika guru matapelajaran yang tidak disukai juga boleh menjadi punca mereka untuk tidak peduli selesaikan kerja sekolah.

tidak minat

3.  GANGGUAN FIZIKAL

Penting untuk ibu bapa check punca anak menjadi malas. Adakah mereka mengalami gangguan fizikal seperti masalah pendengaran atau penglihatan. Jika ini adalah punca kenapa mereka jadi susah belajar, cepat-cepat bawa anak berjumpa doktor sebelum mereka ketinggalan dalam pelajaran yang jadi punca makin malas belajar.

gangguan fizikal


4.  GANGGUAN EMOSI

Sekiranya ibu dan ayah mempunyai masalah, elak untuk bergaduh di hadapan anak-anak. Ini kerana ia boleh jadi punca gangguan emosi pada mereka hingga boleh menyebabkan mereka memberontak dan berasa bosan duduk di rumah, apalagi duduk di meja belajar.

photo6307575167336950558.jpg

5.  PERBANDINGAN

Kebiasaan yang kadang-kadang ibu bapa tak sedar sedang atau sudah lakukan. Elak untuk buat perbandingan setiap anak apabila berkaitan taraf pencapaian mereka dalam pelajaran. Setiap mereka ada kelebihan dan kekurangan. Tanggungjawab ibu ayah adalah gilap kelemahan dan bantu mereka perbaiki kelemahan.

photo6307575167336950560.jpg

Anak-anak adalah permata hati ibu bapa. Dalam memastikan mereka memandang pendidikan adalah satu perkara penting, ibu bapa sangat memainkan peranan. Beri galakkan dan sokongan supaya mereka tidak cepat berasa down. Semoga anak-anak anda kelak berjaya dalam apa jua yang mereka pilih.

beri galakkan


Disclaimer: Kami tidak memiliki artikel ini, kami hanya share dari pelbagai sumber.

Credit : WasaEdu



Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping