
Apa itu Ekzema?
ia sejenis keradangan pada kulit dimana kulit menjadi merah kemerahan, kering, gatal, ruam merah pada mana mana bahagian badan sama ada dalam bentuk tompok kecil atau besar.
Kebiasaanya ekzema akan menyerang pada kanak kanak yang berusia 5 tahun kebawah, tetapi mungkin akan berterusan sekiranya tidak dirawat dengan baik dari awal.
Antara bahagian yang kerap menjadi tumpuan ekzema adalah pada bahagian kulit kepala, muka dan bahagian pelipat seperti leher, telinga, lutut, siku, tangan.
tapi AWAS!
Keadaan akan menjadi lebih parah sekiranya bayi anda mula menggaru dimana ruam tersebut boleh menjadi makin tebal dan berair. Oleh itu, pastikan kuku bayi anda sentiasa pendek untuk elakkan dari kulit tercalar dan menjadi luka akibat menggaru. Boleh juga pakaikan bayi anda dengan sarung tangan untuk mengelakkan bayi anda dari menggaru kawasan ekzema tersebut.
Antara tips lain untuk mengawal ekzema pada bayi anda adalah dengan menggunakan pakaian dari material jenis kapas dan yang mudah menyerap peluh kerana peluh juga boleh menyebabkan kegatalan.
Selain dari itu juga, tips untuk elakkan bayi anda dari berisiko menghidapi ekzema adalah dengan menyapu krim pelembap pada bayi anda sekurang-kurangnya lima kali seminggu untuk 6 bulan pertama. Sapukan krim pelembap pada bayi anda setiap kali selepas mandi.
Audelia Naturals Alltopus merupakan krim kegunaan seisi keluarga dan bukan hanya untuk mengurangkan keradangan pada ekzema pada bayi tetapi juga untuk ibu yang mempunyai masalah puting luka dan kulit kering.
Untuk ibu - ibu yang suka kan penjimatan, krim Alltopus ini sangat sesuai untuk anda. Tanpa perlu krim yang berbeza untuk tiga masalah kulit pada ibu dan bayi anda ❤