USE "BABYMOMMYSTORENEW" WHILE CHECK OUT TO GET 5% OFF WHEN YOU SUBMIT ORDER FOR FIRST TIME
icon-search
icon-search

Tips Mengajar Anak Membaca Dengan Cepat Di Rumah

Banyak kebaikan yang kita boleh dapat bila kita biasakan anak anak kita membaca dari kecil. Tapi macam mana nak galakkan anak membaca? Macam mana nak bagi anak kita suka membaca? Okay jom ikut beberapa tips yang disediakan oleh Puan Ashikin Hashim.

1. Set Rutin Membaca

   setkan rutin membaca di rumah.

   pilih waktu yang bersesuaian dengan jadual dan juga emosi anak

   pemilihan waktu adalah penting suoaya anak dapat merasakan membaca itu sesuatu yang menyeronokkan.

EstablishYourRoutine_Featured-1050x591.png


2. Wujudkan 'reading spot' di rumah.

   wujudkan satu tempat khas dan istimewa untuk anak membaca.

  contohnya mini perpustakaan arau sudut kecil supaya anak tahu membaca itu penting.

   reading spot akan mengingatkan anak yang dia mesti membaca dan menjadikan ia satu rutin.

Here is a #reading nook for the entire family_  In….jpg


3. Jadi 'reading partner' kepada anak.

  anak memerlukan reading partner supaya anak lebih bersemangat untuk membaca.

   reading partner terbaik adalah kita sebagai ibu bapa.

  sentiasa bersabar dan memberi galakkan kepada anak.

   ketika membaca, baca secara kuat atau read aloud. Tunjuk perkataan dengan jari supaya anak tahu yang kita sedang membaca.

  kemudian kembangkan penceritaan menjadi sesi bercerita bersama anak.

  tanya soalan kepada anak berkenaan cerita yang dibaca supaya anak dapat kembangkan lagi skil bahasa mereka.

  Rasulullah saw sangat mengasihi dan menyantuni anak-anak. Jadi ambil contoh ini ketika kita menjadi reading partner anak. Bersabar, tidak membebel, memarahi, memaksa.

mother-daughter-reading-book_23-2148396018.jpg


4. Jadikan suasana rumah suasana yang menggalakkan pembacaan


  banyakkan buku di rumah supaya anak boleh pilih buku pada bila-bila masa.

  suasana ini akan menjadikan anak tahu dan faham bahawa membaca itu penting dan sangat digalakkan.


5. Bawalah buku ke mana sahaja


  bawalah buku ketika berjalan, ber picnic, pergi makan, bercuti, di dalam kereta dan sebagainya.

  ini bukan saja memberi isyarat bahawa kita mahu mereka pilih buku lebih dari gajet tapi kita mahu mereka meluaskan lagi pengetahuan mereka dengan membaca


6. Jadilah contoh tauladan yang baik


  kita sebagai ibu bapa jadilah contoh yang baik kepada anak-anak

  jika kita banyak membaca maka anak pun akan mencontohi kita.

7. Komunikasi dengan guru

   berkomunikasilah dengan guru tentang perkembangan pembacaan anak di sekolah.

  mohon bantuan serta tip dari guru supaya kita boleh bantu anak di rumah.

  membaca bersama anak di rumah dapat membantu guru mengajar anak membaca dengan lebih baik di sekolah.

Selamat membaca bersama anak 🥰


Disclaimer: Kami tidak memiliki artikel ini, kami hanya share dari pelbagai sumber. 

Credit : Ashikin Hashim



Older post Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.